hari yang amat melemahkan aku

Aku jadi malas n lost mood today….the reason?…i keep em for myself.

A mix feeling and assumptions made me feel sad inside…. . kalo aku bercerita akan jadi seperti sesalan, hakikatnya aku tidak menyesal cuma aku semacam terasa sgt tanggungjawab yang besar nie… semua nie buatkan aku nk terus tido dan tido…  semakin lama aku cuba untuk tido semakin aku terasa debaran… .

Leave a comment »

25-26 april ….

Td abah call bgtau kemungkinan majlis kenduri sambut menantu dibuat pada tarikh nie… .Ada beberapa maklumat yang sudah mula dibincangkan seperti bilangan jemputan dan balai-balai untuk jemputan.

Dalam kepala aku start dah melilau nie… aku hampir2 tiada lagi bajet untuk majlis nie….adushhh…got only 2 month left to fulfill the event obligations…Allah your help i seek upon.

Leave a comment »

amMillionaire

Malam tadi dari kul 8.30 sampai kul 11.30, aku temankan seorang rakan baik aku g dengar talk dan perasmian satu peluang mencari pendapatan yang mengabungkan simpanan dan inssurance tapi dengan ala-ala MLM.

Mungkin skim ini dikeluarkan oleh sebuah bank dengan kelulusan bank negara, jadi mereka memiliki strong point to sell. Apa yang menarik mungkin nilai imbuhan yang ditawarkan;

  • Introducer benefit = 10%
  • overriding benefits = 5%

Banyak lagi yang aku tak tahu mengenai cara skim ini bertindak secara terperinci, mungkin sbb aku kurang berminat, jadi tiada penumpuan yang aku berikan…

Sebagai daya penarik, Mama Rina (AF6) ada untuk memeriahkan keadaan dengan lagu2 dia. dari segi kehadiran…hmmm amat melemahkan rasanya tk sampai 50 org yang datang, kat mana silapnye yek?….

Ada cerita-cerita dan ingatan dari penceramah yang boleh digunakan…seperti berusaha, menghoramati ibubapa, cekalkan diri, usaha yang berganda….ringkasnya tiada shortcut to success.

Comments (1) »

Majlis di Johor pulak….

ikut perancangan, tahun nie dalam bulan 4 atau 5, pihak lelaki (akulaa) akan buat majlis menyambut menantu… sampai saat nie aku still tk cukup lagi bajet, aku jugak tk balik-balik lagi ke kg untuk bincangkan dengan abah dgn mak… macammanalaa agaknya perancangan diaorang tuk majlis nanti…

dengan ekonomi tk menentu sekarang nie, kenalah berbelanja dengan berhemat…aku harap perbelanjaan tuk majlis tuu tidak membebankan kami semua… mak terlalu mengiginkan majlis yang agak sempurna…

Aku tidak mahu bersanding…. itulah yang aku dan isteriku inginkan, tapi raut wajah mak mcm nk tengok sgt kami bersanding…

2009… dimulakan dengan kekecohan di GAZA dan Kemelesetan ekonomi dunia… aku juga terasa, insan kerdil mcm aku nie lagilah terasa tempias….

Alhamdulilah baby sgt memahami situasi aku…sanggup dengan kekurangan aku yang amat ketara nie, tiada honeymoon impian dapat diberikan…

Leave a comment »

Memasuki tahun baru dengan penuh harapan….

Lama aku tidak meluahkan, kini baru aku tergerak nk menambahkan…

Kini, dengan status aku sebagai suami, terlalu banyak tanggungjawab yang aku cuba untuk sesuaikan dengan diri, bukan aku tidak menerima keadaan, hanya terkadang terlintas dipikiran….kesedianku bagaimana?penerimaan…jauh disudut dalam..aku pendamkan ketakukan, aku gagahkan dengan Mu ya Allah… .

Aku syukur kerana status aku memberikan aku separuh kemenangan dengan Syaitan Mu ya Allah…. dalam diam sudah 3 bulan aku bersama dengan kesayanganku… masih belum rezeki kami memiliki cahayamata. Harapku pada Allah, moga aku dan isteri subur dan sihat… mungkin belum sampai rezeki lagi buat kami…

Bisikan hati dan akal aku sering berbunyi…mampu ke nk sara isteri, nak sara anak dengan keadaan sekarang…sekarang secara kalkulatif mmg sgt mencabar…tapi aku ada Mu ya Allah…moga berikan aku semangat untuk berusaha, bukakanlah peluang rezeki yang Kau redhai ya Allah….

Aku sayang Isteriku, aku sayang Ibubapaku… jangalah Kau lemahkan aku, kuatkanlah hatiku….aku mencari bahagia.

Leave a comment »

20.10.2008

kelam kabut jadinya aku, entah macammana apa yang aku rancangkan tuk tahun depan jadi tinggal 6 hari dari sekarang… semuanya serba tk cukup..tp aku teruskan jugak, tk yakin pada diri tapi yakin pada 4JJI. yakin apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan untuk menyempurnakan sebahagian dari fitrah diri aku, memenuhi kehendak sebagai manusia. ada yang kata sepurnalah sebahagian jiwa s eseorang bila menemui seseorang yang bukan dirinya tapi adalah dia…

Kerana perasaan ini manusia sering lupa. wujudnya dia bukan sekadar pelengkap malahan jd ujian, bila ditemukan jiwa-jiwa ini jadi samar semua pertimbangan… mungkin ini kenapa menangis laa musuh Allah pabila tangan digengam, lafaz didengarkan yang dulu ujian jadi rahmat bagi yang mengambil peluang darinya…dan aku dalam kekurangan cuba mengambil peluang darinya…kejayaan masa depan adalah satu harapan yang aku nntikan…

Comments (2) »

Kasih seorang yg bernama wanita

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah

kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya

mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya

ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

Comments (3) »