10 wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

01: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

02: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

03: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

04: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

05: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

06: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

07: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

08: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

09: HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.

” Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”

4 Responses so far »

  1. 1

    Akmal said,

    Anta dapat dari mana wasiat ini… mana sumbernya…? di kitab mana ia tercantum… atau wasiat ini sengaja di atas namakan kepada Imam Syafie…?

  2. 2

    wiizau said,

    …bagus persoalan ko nie. aku tidak terfikir pulak akan sumber-sumber sahih wasiat nie sebelum dari nie, tapi aku berikan ko sumber terdekat yg ko bule dapatkan maklumat lanjut berkenaan wasiat Imam Syafie;

    Buku Wasiat Imam Syafie oleh Ustaz Rasul Dahri. Buku kecil nie berharga RM3.00 dan boleh mendapatkannya di pejabat Al-Nidaa’ dan di Akademi Al-Nidaa’. (aku bukan nak iklan, tp nie naklumat terdekat)

    ko chek dekat post Tazkirah aku ada sertakan link-link blog2 n laman web yg aktif dengan hal-hal tazkirah nie..ko chek aa dan buat kajian (kalo tk sahih ko bgtau, bule aku sebarkan)

  3. 3

    Shafie said,

    sahih ke x 2 yg ke dua .aslkan itu dpat memberi manafaat kepada kte dan x da pun wasiat itu ada mlangar hkum syarak pun ble lah kte ambk tnpa ragu…walupn sya x cri lgi dari mne sumberny x yah ar kte ssh2 cri.. tpi klau rjin bgus ar ..smga kte dpal mengaml kan dgn baik dan ikhlas smta2 untk mndpat rahmt dri ALL

  4. 4

    wiizau said,

    betul tu shafie.aku sokong ko..asalkan benda tuu tk melangar syarak dan bagus aku rasa tk salah kita amalkan.

    aku suka statement nie
    ” jangan melihat siapa yg berkata tp lihat apa yang dikata” …asalkan yg dikata tidak melanggar Hak ( Al-Quran n Sunnah)..


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: