fwd: Talk Show Rosyam

Aku sendiri tak sure siri yang mana talk show nie berlaku tp apa yang di fowardkan kpd aku nie rasanya sesuai tuk aku kongsikan, di forwardkan kepada aku oleh salah seorang permpuan yang terlama aku aku kenal dr dia belaja sampai sudah berkawinpun sekarang… ( yg dalam quote kat bawah nie msg yg di fwdkan ke aku)

Minggu lepas, aku ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan yg best, bila bukak je channel tv1, aku ternampak ustaz zawawi (bekas pensyarah aku) jadi ahli panel…termasuk fauziah nawi & nazreyraihan,terus aku terlekat…tajuknya Hiburan…Jalan ke….? spt biasa,dihoskan oleh rosyam nor.

Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan…contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive…tambahan pulak,memang dah naluri manusia, perlukan hiburan.

Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur,tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan..

Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua…rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu anak…beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik…nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya…

Then, ustaz zawawi balas balik…niat tidak menghalalkan cara…walau
sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler…walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin… maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.

Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibuanak…di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya merangkul anugerah.

kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup
aurat…jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu…

ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram…maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu…dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb….

Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane…jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya…maka akan jadi haram ler..

kemudian, fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh
berlakon lagi lah…sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan,lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon…bukan semua org ade bakat utk berlakon…

Maka jawab ustaz zawawi…beliau masih boleh berlakon…sptmane ustaz zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu…Sebut ustaz zawawi lagi…kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni…baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip,pelakon, penyanyi, penganjur dsb…mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya…memang ade caranya…kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut…ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat ustaz zawawi nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap haram…halal tetap halal…

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi
bersuluh…carilah hiburan yg halal…tinggallah hiburan yg haram, kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya..

Bukan ke malaysiaskrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah
jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari…bukannya had-hari…hanya islam masa bulan puase shj…bulan yg lain..????

Renungkan…buat diriku sendiri nie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: