conflict of interest…

Kebelakangan nie inilah yang selalu bermain di kepala aku…dan aku sering dan masih lagi mencari-cari jalan penyelesaian terbaik..hanya yang aku cuba memikirkan adalah apakah kesan dari keputusan aku…sanggupkah aku?, kuatkah aku?, apakah kesannya nanti tertanggung… (hmm….berbakul2 perkataan dlm kepala aku, rupanya banyak nie jee bila aku luahkan….hampehhh)

p/s : aku tgh layan lagu anuarzain; ketulusan hati…

8 Responses so far »

  1. 1

    giger marsdeen said,

    koya mung john

  2. 2

    wiizau said,

    …aku tk koya, aku mmg ada pilihan….

  3. 3

    FOCUS… FOCUS… FOCUS…

    Buat apa yang kita nak buat sungguh-sungguh. Jangan buat banyak benda sangat dalam satu masa terutama bila bercakap tentang apa-apa yang baru hendak dimulakan. Tiap apa yang baru bermula (apa sahaja) memang perlukan penumpuan penuh samada dari segi hubungan dengan makhluk Allah atau kerjaya. Apatah lagi bila bersentuh dengan kehidupan dan peluang kerana kita sememangnya bukan jenis manusia yang menghargai masa, umur dan berjuta-juta peluang yang ada.

    KENALI PUNCA…

    Perancangan? Cita-cita?
    Perancangan dan cita-cita itu mesti dilawan dan ditetapkan dengan ukuran masa dan pencapaian.

    Kita biasa ditanya dengan perancangan 5 tahun akan datang dan 10 tahun akan datang. Tapi perancangan tu bukan la dibuat di saat soalan itu ditanya. Sekurang-kurangnya kita sudah berada pada tahun ke berapa pelaksanaan perancangan kita. Lihat 5 tahun lepas, di mana kita ketika tu dan apa perancangan untuk kita lihat diri kita sekarang ni? Adakah mengikut perancangan? Adakah berjaya perancangan kita untuk pelaksanaan rancangan seterusnya? Cukup dengan melihat perancangan bulanan kita. Memadai dengan melihat perancangan mingguan kita. Dan terjawab dengan melihat perancangan harian kita.

    DOA IBU…

    Ukuran kejayaan itu amatlah mudah sebenarnya. Tanyerlah insan yang melahirkan kita. Apa pandangan si ibu tentang pencapaian / kehidupan kita. Kiranya si ibu berlapang dada, tersenyum, kurang bebelnya, maka kita berada pada keadaan yang kurang masalah dan bahagia. Kiranya si ibu agak susah hati melihat keadaan kita, pohon la doa dan restu si ibu selalu untuk memudahkan perjalanan kerja kita sehari-hari. Kerana doa dan restu si ibu itu tiada tandingannya di dunia ini.

    KEPUTUSAN…

    Disebabkan keputusan-keputusan pada cabang pilihan yang kita buat sejak reti berfikir, maka di sini lah kita berada sekarang. Kita bleh lihat ketinggian nilai keputusan kita tu setakat mana. Mintak pandangan dan terima nasihat dari yang masih sayangkan kita kerana perancangan yang kita sendiri rancang itu penuh dengan helah, muslihat dan tipu dayanya tersendiri yang ada menjurus kepada kebaikan dan dan jugak keburukan.

    1998… 2007… 2008… Lihat dengan siapa kita makan, tidur, solat, bergurau sehari-hari… Kerana dia itu lah kita sekarang ini…

    ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين

  4. 4

    wiizau said,

    thats the way shud one think…but sometimes what we think best was not what is the best for us…i jus wanna do it my way…still dont know which one..i do know where i wanna be at the end…its jus a matter of how will i reach there….will i ever get there?…

  5. 5

    As Aizuddin Tengku said on previous post:

    Cukup dengan melihat perancangan bulanan kita.
    Memadai dengan melihat perancangan mingguan kita.
    Dan terjawab dengan melihat perancangan harian kita.

  6. 6

    wiizau said,

    agreed…

    my versions it would be like this..

    its a life long planing…
    in the short-run its about surviving…and
    in the long-run its about sustaining…

    choose what ever fit u best…while doing so, dont forget to look where were you before… i believed in His way…its the roots of my way…

  7. 7

    Ketika memberi nasihat / pandangan / berkata-kata… Elakkan mengguna kata ganti diri kedua (anda, awak, engkau, kalian, kamu, demo, hang, mung, lu, u?).

    Kita mampu berbicara di sini kerana kita masih punya matlamat yang belum lagi tercapai. Kejayaan? Memang kita dah lalui macam-macam kejayaan dalam perancangan kita sebelum ni cuma ada yang tidak begitu berjaya. Apa yang Aizuddin Tengku cuba utarakan di sini adalah tentang maksud matlamat / cita-cita (yang biasa dibincangkan oleh remaja di alam persekolahan – semuanya indah) berbeza dengan matlamat / cita-cita kita dalam menghadapi dunia sebenar ini terutama dalam dunia perniagaan.

    Matlamat kita seharusnya spesifik dan boleh diukur contoh “Ingin menjana pendapatan sampingan dari program AdBrite sebanyak RM 50 setiap bulan dalam masa 1 tahun.” Spesifik tak? Boleh diukur tak? Yang paling penting, matlamat kita itu munasabah dan bukan mimpi RM 50 tiap bulan…munasabah!

    Matlamat kita juga harus dikawal oleh diri kita sendiri (my way) seperti yang wiizau telah arif bukan dikawal atau ditentukan pihak lain contohnya ditentukan oleh upline atau seperti kejadian yang berlaku kepada kenalan kita sebuah restoran maju yang dirampas oleh tuan tanah? Sekurang-kurangnya, kenalan kita itu punya modal, perniagaan asal, dan anytime boleh buka dimana-mana lokasi lain (Itu boleh kita katakan sebagai backup) dan masih kepada fokus, minat, kemahiran dalam perkara yang sama.

    Perancangan harian, mingguan, bulanan itu menyaksikan apa yang kita buat untuk pastikan yang “long planning” itu berjaya dan bukan lah seperti jadual pembelajaran (Takde orang pernah ikut) tapi memadai sebagai guide. Takde makna cita-cita menggunung segala tapi hari ni cuma dapat buat satu benda yang mengarah kepada cita-cita itu selama 2 jam. Sama juga kalau hari-hari bangun tido masuk ofis, jaga kaunter, makan minum, helo sana sini (build network la konon), then abis satu hari. Tu pon dalam build network tadi, jumpa plak peluang lain, terus hilang focus sebab dah jumpa project juta-juta (berjaya la sudah).

    Pengorbanan. Bukan korban ketika Aidiladha, korban lembu atau kambing tapi kita perlu korban masa untuk belajar dan bergiat dalam business kita (belajar banyak benda tanpa kita sedar – alhamdulillah syukur dan berterima kasih kepada yang sudi berkongsi selama ini dan membuka ruang dan peluang). Selain masa, perlu la jugak korban tenaga dan wang ringgit sebagai pelaburan. Kalau yang running company sendiri atau rasa nak jadi rakan kongsi tu dengan kita yang modal ciput / takde terus ni, merasa la kita tak bergaji setahun dua. Harap ihsan mak bapak la dulu oi tanggung (Sebab tu kene dapat restu org tua untuk berjuang ni) kalau dah takde wang simpanan untuk kita sendiri survive. Ini tak nyer sampai beberapa bulan, apatah lagi setahun atau dua tahun…

    Sekali lagi apa yang Aizuddin Tengku cuba maksudkan dengan harian, mingguan, tahunan itu tidak lain tidak bukan hanya sebagai panduan kerana matlamat itu harus punya faktor masa, boleh diukur dan bukan sesuatu yang ingin kita capai ‘di suatu hari nanti’…

    Aizuddin Tengku bukan la nak bazirkan masa sangat kat sini, tapi kat sini la kot tempat wiizau mencurah dan membaca dengan sepenuh perhatian. Aizuddin Tengku bukan la pakar psikologi, tapi Aizuddin Tengku sangat la faham jiwa orang yang punya blog peribadi bilamana dipostkan hal peribadi ringan dan perasaan diri.

    P/S: Bro, aku terpaksa elok dari buker blog mung ni, jadi ke lamer la pulok aku duduk sining naip natang aper dok tau bersastera la segala haram jadah ni. Malah aku buker blog mung pahni, bengong goh, jakik ke aku plok gi comment-comment ni. Hish.. Aku pon nok speaking gok la. Rasa tertipu bila tanpa sedar aku menghabiskan masa kalau kumpul semua comment tu mau aku habis kan berjam-jam kat sini selama ni (“Dia” tu pon dok abiskan masa banyak tu kat sini).

    Dear fellow reader / viewer, posts / comments by Aizuddin Tengku is / never be the perfect shit shit. This piece of shit is self-promoting nonsense, half truths or as the devil reads the bible. Ngahaha… Also, all those comments is just a statements that Aizuddin Tengku designed to amplify certain facts (and ignores, hides or denies other related facts) to suit specific goals. (What else than Aizuddin Tengku’s personal goal). D.N.

  8. 8

    dia said,

    Apabila Aizuddin Tengku bersuara…🙂


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: